Saturday, 25 October 2008

oh ya ya

aku baru pulang ke rumah, sebenarnya kelmarin. dan hari ini adalah ahad. aku pulang untuk membeli lens baru yang berharga rm1600 dan mampu membunuh aku kerana harga yang mahal.

soalan: adakah aku patut membeli lens tersebut?
jawapan: (ya/tidak)


tolong isikan jawapan.

Saturday, 18 October 2008

Thursday, 16 October 2008

.trip langkawi.

oh, sekarang aku tengah siapkan assignment bahasa melayu untuk presentation esok hari. idea masih tidak datang. harini aku makan malam sangat awal.

aku nak pergi langkawi hujung tahun ni, holiday puas-puas, tapi aku masih tiada teman. siot! aku sudah bagi nama pada steven untuk rombongan tu. aku memang nak pergi sangat-sangat. asyik terperap dalam bilik.

siapa nak teman aku?? :(

jikalau aku pergi ke langkawi berseorang nanti. nampak nya macam orang sewel la.
oh ya, harga pakej pelancongan bagi rombongan itu berharga rm165. 3 hari 2 malam, pengangkutan disediakan. dan yang menarik lagi, aktiviti ke .... (tk ingt) melihat dan memberi makan kepada burung helang. dan lagi, ke gua lagenda. dan lagi, ke pulau dayang bunting, cat fish massage, snorkeling. lepak tepi pantai. shopping. siot memang best untuk enjoy.

siapa nk ikut, cakap dekat aku wei, teman kan akuu!!!!!

Sunday, 12 October 2008

.twister.

petang ahad. disebabkan tiada aktiviti, aku lepak dalam bilik bergelak ketawa bersama rakan-rakan yang lain. langit mendung, aku melihat ke arah koridor, oh, bilik aku di tingkat atas sekali, aku dapat melihat pemandangan kuala perlis tanpa masalah. ok, aku lihat koridor dan berkata, "nak hujan ni" dan kemudian ke balkoni, ternampak kawasan hujan lebat lebih kurang 1.5km dari bilik aku, kawasan hujan lebat itu adalah laut. dan aku ternampak 2 twister, ya, twister, bukan twisties. orang melayu cakap "puting beliung" bukan puting *****.

waa, sangat best, mula-mula ada satu, lepas tu ada lagi satu, berputar-putar turun daripada awan, lepas tu ada lagi satu. jumlahnya ada 3 puting beliung!!

aku cakap kat aliff nak pergi ke pantai untuk mengambil gambar puting beliung dengan lebih dekat, bergegas dan bergegas, aku sediakan beg plastik untuk kamera kerana akan hujan sebentar lagi. "saiful, kalau jadi apa2 dekat aku, tlong kirim salam dekat mak aku na" hahaha,

aku pinjam motor john, dan pergi ke pantaii,, arghhh tolong, puting beliung sudah hilang, dia malu kot untuk bergambar, aishhh



gambar ini diambil dari koridor, 1.5km dari puting beliung, aku tak sempat pergi dekat dgn puting beliung tu. argh

perlis adalah "mother of nature", aku nak tunggu musim salji plak lepas ni.

Saturday, 11 October 2008

.rahang.

ntah kenapa.dalam minggu ni. macam-macam sakit. sekarang rahang sakit, tak boleh bukak luas-luas. sebelum ni macam asyik bunyi tulang ja. oi oi apa ni.
semua gara-gara gelak banyak? atau mengumpat? hahaha, (gelak lagi)

Wednesday, 8 October 2008

Sunday, 5 October 2008

perkara paling bodoh..

ok, aku dah ready-ready dengan barang , nak balik hostel, tapi sebelum itu aku pulang ke kampung sebab abang ipar kepada ayah aku meninggal dunia, aku terpaksa membatalkan hasrat untuk ber'BBQ' dengan miqdad, syukoq, bla bla bla lagi.

sekarang dalam kereta, hampir sampai ke alor setar, aku sedar tripod tertinggal di penang. omg! hujung minggu ni aku ada sesi photoshoot, bukan photoshoot biasa, cibai, macam mana aku boleh lupa.

pada hari ahad(hari ini), aku pulang semula ke penang, untuk ambil tripod. dan pulang semula ke perlis pada hari isnin, aku terpaksa skip tutorial instument dan electronik, subjek elektronik terpaksa belajar dengan faiz la jawabnya,

adakah aku orang yang paling bengap sekali?

ragam budak zaman sekarang

ok, aku baru pulang daripada pusat membeli-belah Queensbay, sebelum itu aku pergi ke bandar menemani rakan membeli kamera dslr, hey ganesh welcome to photography world, semasa di Queensbay, aku terserempak seorang mamat yang berjalan bersama rakan/teman wanita, kamera sony alpa tergantung dileher, tanpa beg. adakah mamat ini ingin menggayakan kameranya atau ingin ber'photography' di dalam pusat membeli-belah?? setahu aku, setiap pusat membeli-belah di malaysia melarang sebarang jenis photography di dalam kawasan mereka. topik perbincangan hari ini.

(Menunjuk) Vs (Gaya) Vs (Buat Pandai)

oh, masalah trend muda zaman sekarang, inilah dia, beli & modify camera sebab hendak bergaya, ada kamera ingin menunjuk lebih-lebih, bila dah ada kamera suka buat pandai.

aku bagi satu situasi yang ala-ala macam situasi di atas. di satu sekolah, ada 4 orang mamat yang bernama, tompel, ali, ramli sam-sam, husin. mari aku ceritakan kisah setiap orang.

(TOMPEL) tompel adalah orang biasa, tetapi setiap hari ke sekolah, pakaiannya diseterika rapi, pakaian sekolah yang bermutu dibeli daripada giordano(aku tipu). seluarnya ditempah di Jefferson. Tompel terkenal di sekolah dengan pakaian yang berjenama. IQ dan EQ dalam setiap pelajaran tompel adalah kurang daripada 10.

(Ali) Ali ialah seorang pengawas. Setiap hari Ali ke perpustakaan meminjam buku, bilangan minimum bagi buku yang dipinjam oleh Ali ialah 8 buku. Buku-buku yang dipinjam olehnya sangat tebal, malah encylopedia dipinjam olehnya juga. Tetapi setiap kali peperiksaan, keputusannya amat merosot. markah kertas peperiksaannya tidak pernah lebih daripada 6.

(Ramli sam-sam) Ramli seorang pelajar biasa. di dalam kelas ramli amat baik hati mengajar kawan-kawannya. setiap kali memasuki topik baru, ramli dengan pantas akan mengajar kawan-kawan nya. tetapi semua ajarannya salah sama sekali, dan, ketika guru sedang mengajar topik 2, ramli sam-sam kusyuk menelaah topik 20. sama seperti Ali, keputusan Ramli amat merosot.

(Husin)Husin ini memang seorang yang mat husin(istilah orang penang, 'mat husin' orang yang paling lekeh, maaf ya husin), husin ke sekolah dengan pakaian yang biasa, hanya basuh sekali setiap minggu, tidak pernah ke perpustakaan, tetapi lebih banyak tandas, bersembang-sembang di dalam kelas, tidur dan sebagainya, tetapi setiap kali peperiksaan, nama Husin adalah yang teratas sekali bagi seluruh kelas iaitu ala-ala pointer dekan.

konklusi di sini, siapa lagi hebat? aku samakan tompel dengan photographer yang membeli alatan kamera yang mahal di sebabkan nampak cool dan ada style. aku samakan ali dengan photographer yang suka menunjuk-nunjukkan kamera dan gantungkan kamera tersebut di leher walaupun dalam kedai mamak. aku samakan ramli sam-sam dengan photographer yang buat pandai, baru dua bulan kenal "kamera" dah buat banner servis 'wedding photography", hasil photography ketiga-tiga orang ni plain, kosong. aku samakan husin dengan photographer yang low profile, kamera cikai result mak ai.

aku tk nafikan gaya mesti ada pada seorang photographer agar customer respek. tetapi hanya pada photographer yang profesional la. ini baru sekolah tadika, dah nak pegang puku fizik.


p/s: setiap nama watak di atas tiada kena mengena dengan sesiapa, yang hidup mahupun yang meninggal dunia.

Friday, 3 October 2008

saturday

hari ini nak shopping gila-gila, ha ha ha, sebelum balik perlis, sana mana ada apa.
;) ;) ;)

Wednesday, 1 October 2008

.balik kampung.

oh ya, suasana raya pada pagi ini agak biasa-biasa. hujan yang lebat membuatkan suasana raya bertukar suram.

aku beraya di rumah kawan-kawan baik ku, makan sehingga perut penuh, oh ya, aku bawak juga bini aku iaitu siti nikon d60 dengan tujuan untuk mengambil gambar rakan-rakan secara berkumpulan, tetapi akhirnya, lain yang jadi. aku diarahkan mengambil gambar potrait family keluarga syukur dan miqdat, haha, memang meriah.

dan sekejap lagi aku akan pulang ke kampung. maka aku tidak dapat berhubungan dengan dunia tanpa sempada selama beberapa hari, dan apabila pulang daripada kampung, aku akan bershopping lagi bersama ganesh! haha

ok, selamat hari raya lagi. bye