ok, aku baru pulang daripada pusat membeli-belah Queensbay, sebelum itu aku pergi ke bandar menemani rakan membeli kamera dslr, hey ganesh welcome to photography world, semasa di Queensbay, aku terserempak seorang mamat yang berjalan bersama rakan/teman wanita, kamera sony alpa tergantung dileher, tanpa beg. adakah mamat ini ingin menggayakan kameranya atau ingin ber'photography' di dalam pusat membeli-belah?? setahu aku, setiap pusat membeli-belah di malaysia melarang sebarang jenis photography di dalam kawasan mereka. topik perbincangan hari ini.
(Menunjuk) Vs (Gaya) Vs (Buat Pandai)
oh, masalah trend muda zaman sekarang, inilah dia, beli & modify camera sebab hendak bergaya, ada kamera ingin menunjuk lebih-lebih, bila dah ada kamera suka buat pandai.
aku bagi satu situasi yang ala-ala macam situasi di atas. di satu sekolah, ada 4 orang mamat yang bernama, tompel, ali, ramli sam-sam, husin. mari aku ceritakan kisah setiap orang.
(TOMPEL) tompel adalah orang biasa, tetapi setiap hari ke sekolah, pakaiannya diseterika rapi, pakaian sekolah yang bermutu dibeli daripada giordano(aku tipu). seluarnya ditempah di Jefferson. Tompel terkenal di sekolah dengan pakaian yang berjenama. IQ dan EQ dalam setiap pelajaran tompel adalah kurang daripada 10.
(Ali) Ali ialah seorang pengawas. Setiap hari Ali ke perpustakaan meminjam buku, bilangan minimum bagi buku yang dipinjam oleh Ali ialah 8 buku. Buku-buku yang dipinjam olehnya sangat tebal, malah encylopedia dipinjam olehnya juga. Tetapi setiap kali peperiksaan, keputusannya amat merosot. markah kertas peperiksaannya tidak pernah lebih daripada 6.
(Ramli sam-sam) Ramli seorang pelajar biasa. di dalam kelas ramli amat baik hati mengajar kawan-kawannya. setiap kali memasuki topik baru, ramli dengan pantas akan mengajar kawan-kawan nya. tetapi semua ajarannya salah sama sekali, dan, ketika guru sedang mengajar topik 2, ramli sam-sam kusyuk menelaah topik 20. sama seperti Ali, keputusan Ramli amat merosot.
(Husin)Husin ini memang seorang yang mat husin(istilah orang penang, 'mat husin' orang yang paling lekeh, maaf ya husin), husin ke sekolah dengan pakaian yang biasa, hanya basuh sekali setiap minggu, tidak pernah ke perpustakaan, tetapi lebih banyak tandas, bersembang-sembang di dalam kelas, tidur dan sebagainya, tetapi setiap kali peperiksaan, nama Husin adalah yang teratas sekali bagi seluruh kelas iaitu ala-ala pointer dekan.
konklusi di sini, siapa lagi hebat? aku samakan tompel dengan photographer yang membeli alatan kamera yang mahal di sebabkan nampak cool dan ada style. aku samakan ali dengan photographer yang suka menunjuk-nunjukkan kamera dan gantungkan kamera tersebut di leher walaupun dalam kedai mamak. aku samakan ramli sam-sam dengan photographer yang buat pandai, baru dua bulan kenal "kamera" dah buat banner servis 'wedding photography", hasil photography ketiga-tiga orang ni plain, kosong. aku samakan husin dengan photographer yang low profile, kamera cikai result mak ai.
aku tk nafikan gaya mesti ada pada seorang photographer agar customer respek. tetapi hanya pada photographer yang profesional la. ini baru sekolah tadika, dah nak pegang puku fizik.
p/s: setiap nama watak di atas tiada kena mengena dengan sesiapa, yang hidup mahupun yang meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment