Saturday, 8 November 2008

zaman dulu-dulu.

teringat kembali pada zaman dulu-dulu.
aku ada hanset motorola c350. ada kamera. boleh ambil gambar. setiap kali ambil gambar, simpan dalam komputer. "alamak, gambar tak cantik la, kalau beli hanset mahal mesti cantik." lepas tu, dulu aku juga guna camera canon s50. kualiti gambar agak ok. lepas tu aku tengok hasil kerja photography orang. "dia ni guna kamera mahal, sebab tu cantik." sekarang aku ada kamera nikon d60. masa mula2 guna. "apsal tak cantik pun, camera dah mahal". masa tu aku fikir mungkin kamera d60 ni untuk beginner, so sebab tu la tak cantik.

ok selepas seminggu aku guna kamera tu, baru aku sedar, gambar yang cantik bukan datang daripada kamera yang mahal. tapi daripada bakat. kalau kau beli kamera nikon d3x atau canon bla bla bla. aku jamin belum tentu cantik kalau setakat tekan butang.

konklusi, kualiti gambar yang cantik datang daripada kamera yang mahal, gambar yang seni datang daripada bakat.

matematik:
kualiti gambar datang daripada kamera yang mahal
kualiti gambar = kamera mahal

gambar yang seni datang daripada bakat
seni = bakat


kau nak jadi photographer yang berseni ataupun photographer yang ada kamera mahal? lu fikir la sendiri

3 comments: